Soutul Amal - Awwal Kalam Official Music Video 🎶
Watch the official music video of 'Awwal Kalam' by Soutul Amal, featuring lyrics in Arab and Malay by Tuan Guru Haji Muhammaz Zawawi Abdullah.

Soutul Amal
399.3K views • Dec 1, 2017

About this video
Bicara Lirik: Awwal Kalam
Tajuk: Awwal Kalam
Lirik Arab: Tuan Guru Haji Muhammaz Zawawi Abdullah
Lirik Melayu: Firdaus Sahiddin
Lagu: Firdaus Sahiddin
Bismillah. Lirik berbahasa Arab dalam lagu Awwal Kalam ini sebenarnya pernah dirakamkan oleh kumpulan nasyid Lambaian Kasih pada tahun 1996 melalui album Dunia oh Dunia terbitan Permata Audio SDN BHD. Liriknya ditulis oleh Guru kami, Almarhum Tuan Guru Haji Muhammad Zawawi Bin Abdullah.
أول أول كلامي أهدي أهدي سلامي
عليه على محمد أحمد خير الأنام
أهدي أهدي صلاتي جزيلا جزيل شكري
عليه على حبيبي أحمد محمد رسولي
Maksud bahasa arab: Bicara pertamaku, aku hadiahkan salamku ke atas Nabi Muhammad S.A.W.yang merupakan sebaik-baik manusia. Aku juga menghadiahkan selawat dan ucapan terima kasih yang banyak kepada baginda yang merupakan kekasih dan Rasulku.
Awal Bicara, Salam Sejahtera
Atas Muhammad Rahmat Sejagat
Allah dan Malaikat turut berselawat
Ke atas Baginda Kekasih Semesta
Permulaan setiap kata-kata semestinya dimulakan dengan pujian kepada Allah dan pujian kepada Rasulullah S.A.W. Baginda adalah rahmat untuk seluruh Alam. Hatta Allah dan para Malaikat turut berselawat ke atas baginda Rasulullah sebagaimana tercatat dalam surah al-Ahzab ayat ke-56. Ini membuktikan bahawa Rasulullah adalah kekasih seluruh Alam Semesta.
صلوا على خير العباد
المصطفى كنز الرشاد
شفيعنا يوم المعاد
لتبلغوا نيل المراد
Maksud bahasa arab: Berselawatlah kalian ke atas sebaik-baik hamba. Dialah al-Mustafa yang padanya khazanah bimbingan, petunjuk dan panduan berada. Baginda juga merupakan pemberi syafaat kepada kita umatnya di hari Qiamat nanti. Agar di sana kita dapat mencapai segala apa yang kita hajati. Amin.
Selawatlah buktikan cinta
Pada Baginda Pahlawan Cinta
Satu selawat sepuluh darjat
Susur Sunnahnya, Jalan Cahaya
Maka, apakah bukti cinta kita kepada Rasulullah? Sudah pasti apabila kita mencintai seseorang atau sesuatu kita akan sentiasa menyebut yang dicintai itu. Maka berselawat ke atas baginda merupakan salah satu cara untuk membuktikan cinta kepada baginda. Adakah ia merugikan? Sudah pasti tidak. Ini kerana, melalui sabda baginda, bahawasanya sesiapa yang berselawat ke atas baginda akan diganjari sepuluh pahala daripada Allah ke atasnya. Namun harus diingat, selawat sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan cinta kita kepada Rasulullah. Cinta kepadanya perlu dibuktikan dengan mengikut sunah baginda yang amat menitikberatkan kasih saying. Kerana itulah baginda digelar “Pahlawan Cinta”. Ini kerana, jalan bagindalah jalan yang membawa kita kepada cahaya. Moga kita semua menjadi umat baginda yang istiqamah di atas jalannya. Amin
Konsep Video: Dr. Megat Suhaimi Megat Idrus
Pengarah Video: Mohd Najib Mohd Amin
Susunan Muzik: Alfa Booty Kesuma
Susunan Vokal: Bard Muffins
Jururakam: Ratno Junaidi Ariffin
Mixing dan Mastering: Rumie Booty Kesuma
Studio: RUMIE MUSIC LAB, Batu Caves
Terbitan: Soutul Amal Records 2016
#SoutulAmal #AwwalKalam #DutaKasihSayang
ALBUM-ALBUM DIGITAL SOUTUL AMAL BOLEH DIDAPATKAN MELALUI PAUTAN-PAUTAN DI BAWAH:
APPLE MUSIC: https://tinyurl.com/SAApple
JOOX: https://tinyurl.com/SAJoox
SPOTIFY: https://tinyurl.com/SASpotfy
DEEZER: https://tinyurl.com/SADeezer
QOBUZ: https://tinyurl.com/SARQobuz

Tags and Topics
Browse our collection to discover more content in these categories.
Video Information
Views
399.3K
Likes
3.7K
Duration
4:32
Published
Dec 1, 2017
User Reviews
4.4
(79) Related Trending Topics
LIVE TRENDSRelated trending topics. Click any trend to explore more videos.