Nikmati Berbuka Puasa di Atas Bot dengan Pemandangan Menarik Jambatan Angkat ๐
Jangan lepaskan pengalaman unik berbuka puasa di atas bot sambil menyaksikan keindahan Jambatan Angkat. Rasai suasana yang tenang dan memukau di waktu petang!
Sinar Harian
10.0K views โข Mar 23, 2024
About this video
Berbuka puasa atas bot lihat keindahan Drawbridge

BERITA SEMASA 23 MAC 2024

Berbuka puasa di atas bot sambil menikmati pemandangan berhampiran Jambatan Angkat (Drawbridge) di sini menjadi tarikan baharu kepada orang ramai apabila mengunjungi Terengganu ketika bulan Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian Nurfardlina Izzati Moktar.

Jika sebelum ini orang ramai memilih untuk berbuka puasa di Dataran Shahbandar atau Pantai Batu Buruk, kini berbuka puasa di atas bot menjadi pilihan mereka bagi mencipta kelainan sambil menikmati keindahan matahari terbenam.

Pemilik Syarikat Pulau Sekati Bot Tour, Ahmad Muazzam Ramlee, 31, berkata, perkhidmatan itu memberi suatu pengalaman menarik kepada pengunjung selain mereka dapat mengabadikan gambar kenangan bersama individu terdekat di beberapa lokasi pelancongan popular ketika menyusuri Sungai Terengganu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/656099/edisi/terengganu/berbuka-puasa-atas-bot-lihat-keindahan-drawbridge

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #ramadan #Terengganu #Drawbridge #jambatanangkat
Video Information
Views
10.0K
Duration
2:21
Published
Mar 23, 2024
User Reviews
3.8
(1) Related Trending Topics
LIVE TRENDSRelated trending topics. Click any trend to explore more videos.