Mengenali Spektrum Autisme: Fakta Penting dan Isu Semasa 🧩
Pelajari tentang spektrum autisme, ciri-ciri, dan isu semasa yang melibatkan autisme di Malaysia, termasuk kes-kes yang mencetuskan perhatian umum seperti Zayn Rayyan.
sinarplus
10.3K views • Jan 17, 2024
About this video
Sebelum ini negara kita pernah digemparkan dengan kes pembunuhan anak autisme Zayn Rayyan yang sehingga kini menjadi tanda tanya.

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seorang kanak-kanak di dalam interaksi sosial, tingkah laku dan cara berkomunikasi.

Kajian oleh Centers of Disease Control and Prevention (CDC) mendedahkan satu daripada 36 orang kanak-kanak di Amerika Syarikat disahkan menghidap autisme.

Di Malaysia pula, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia memberitahu kira-kira satu daripada 68 bayi yang baru lahir mengalami gangguan tersebut.

Ini bermakna setiap tahun Malaysia dianggarkan mempunyai 9000 kanak-kanak autisme.

Peningkatan jumlah tersebut menimbulkan tanda tanya sama ada kaedah diagnostik yang berkesan atau kesedaran masyarakat berkenaan Austisme sudah meningkat.

Bagi mengupas topik ini dengan lebih lanjut, kami bawakan Pensyarah Kanan / Ahli Psikologi Klinikal, Pusat Kajian Psikologi Dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra), Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Hilwa Abdullah @ Mohd Nor.

#DoktorDanAnda
#DNA
#sinarplus
#sinarharian
Video Information
Views
10.3K
Duration
41:18
Published
Jan 17, 2024
User Reviews
3.8
(2) Related Trending Topics
LIVE TRENDSRelated trending topics. Click any trend to explore more videos.