Liga Super Malaysia 2025: Terengganu FC vs Johor Darul Ta’zim - Perlawanan Berdepan Cabaran Besar ⚽

Terengganu FC berjanji untuk bangkit menentang JDT dalam perlawanan penting Liga Super Malaysia 2025, menentang cabaran getir dari pasukan lawan. Saksikan aksi penuh semangat ini!

Liga Super Malaysia 2025: Terengganu FC vs Johor Darul Ta’zim - Perlawanan Berdepan Cabaran Besar ⚽
Bola Kita News
5.8K views • Oct 31, 2025
Liga Super Malaysia 2025: Terengganu FC vs Johor Darul Ta’zim - Perlawanan Berdepan Cabaran Besar ⚽

About this video

Menyedari bakal berdepan cabaran getir, Terengganu FC (TFC) berikrar untuk menyekat hajat Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada meraih kemenangan dalam aksi Liga Super Malaysia 2025, malam ini. Beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, skuad Penyu enggan terkulai di tangan gergasi bola sepak negara itu, dengan harapan sekurang-kurangnya mampu mengutip satu mata berharga di hadapan penyokong setia.

Namun begitu, ketua jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali, mengakui bahawa misi tersebut bukanlah mudah di atas kertas, memandangkan Harimau Selatan terkenal dengan corak permainan pantas serta berintensiti tinggi yang sering mendominasi perlawanan.

“JDT merupakan pasukan yang berkualiti dan konsisten dalam setiap perlawanan. Namun, pemain kami sudah bersedia untuk mengekang asakan mereka yang terkenal dengan corak permainan pantas. Disiplin ketika bertahan dan menyerang serta komunikasi berkesan antara pemain menjadi keutamaan kami bagi memastikan misi meraih sekurang-kurangnya satu mata dapat dicapai,” ujar Badrul Afzan.

Tambah beliau, biarpun TFC masih terasa kekecewaan selepas tersingkir di suku akhir Piala FA dengan agregat 3 5, kemenangan 2 1 ke atas Kuching City FC dalam aksi kedua sebelum ini menjadi suntikan semangat baharu buat pasukan untuk terus bangkit. Saya yakin pemain mahu menebus kekecewaan tersebut, lebih-lebih lagi apabila beraksi di tempat sendiri,” katanya.

Pertembungan malam ini dijangka berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan membawa misi tersendiri — TFC mahu bangkit di hadapan penyokong sendiri, manakala JDT berazam mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga musim ini. Segala tumpuan kini terarah ke stadum sultan mizan di mana sorakan penyokong pastinya bakal menjadi pembakar semangat buat skuad Penyu menghadapi cabaran hebat Harimau Selatan.

Terengganu FC, Johor Darul Ta’zim, Liga Super Malaysia, Badrul Afzan Razali, Harimau Selatan, Stadium Sultan Mizan, JDT vs TFC, Pra Perlawanan Bola Sepak, Bola Malaysia 2025

#LigaSuperMalaysia #TerengganuFC #JDT #HarimauSelatan #SkuadPenyu #BolaMalaysia #BolaKitaNews #BolaSepakMalaysia #TFCvsJDT #StadiumSultanMizan #BadrulAfzanRazali #AksiMalamIni #PraPerlawanan

Tags and Topics

Browse our collection to discover more content in these categories.

Video Information

Views

5.8K

Likes

25

Duration

2:09

Published

Oct 31, 2025

User Reviews

4.0
(1)
Rate:

Related Trending Topics

LIVE TRENDS

Related trending topics. Click any trend to explore more videos.