Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2025: Menjunjung Jasa, Mengukir Bakti, Pahlawan Negara Disanjung
Upacara perbarisan Hari Pahlawan 2025 yang berlangsung di Putrajaya dengan tema 'Menjunjung Jasa, Mengukir Bakti, Pahlawan Negara Disanjung', menyanjung jasa pahlawan negara dan memperingati jasa mereka.

PRIDE TV
640 views • Jul 31, 2025

About this video
ISTIADAT PERBARISAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2025: “MENJUNJUNG JASA, MENGUKIR BAKTI, PAHLAWAN NEGARA DISANJUNG”
PUTRAJAYA, 31 Julai 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda (KDYMM SPB) Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat bercemar duli ke Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan Tahun 20245 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.
Hadir sama YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri Kabinet. YBhg. KJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara turut hadir dalam Majlis Istiadat ini.
Kehadiran wakil-wakil daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk Jabatan Penjara Malaysia mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh nilai patriotisme dan penghargaan terhadap perjuangan wira negara termasuk mereka yang menyumbang di sebalik tembok dalam memastikan keamanan dalam negeri terus terpelihara.
Sambutan Hari Pahlawan yang diraikan pada setiap 31 Julai ini bertujuan untuk menghargai setiap pengorbanan sekali gus memanifestasikan penghormatan kepada para perwira negara yang sanggup berkorban jiwa dan raga dalam menjaga kedaulatan serta keamanan negara.
Turut hadir mewakili Jabatan Penjara Malaysia, YBrs. KP Rosidek bin Musa, Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan, YBrs. KP Rosoman bin Abu Bakar@Che Din, Pengarah Bahagian Keselamatan & Ketenteraman Penjara, YBrs. KP Hajah Nora binti Musa, Pengarah Bahagian Korektif, serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia.

Video Information
Views
640
Likes
6
Duration
2:16
Published
Jul 31, 2025
Related Trending Topics
LIVE TRENDSRelated trending topics. Click any trend to explore more videos.
Trending Now