Faezah Elai: Peribadi Mesra dan Inspirasi dalam Dunia Hiburan 🌟

Kenali sisi peribadi Faezah Elai yang peramah, mudah mesra, dan suka berkongsi cerita. Artikel ini membongkar keunikan dan keistimewaan beliau sebagai figura terkenal.

Faezah Elai: Peribadi Mesra dan Inspirasi dalam Dunia Hiburan 🌟
sinarplus
5.3K views β€’ Jul 12, 2023
Faezah Elai: Peribadi Mesra dan Inspirasi dalam Dunia Hiburan 🌟

About this video

FAEZAH ELAI JAWAB SOALAN CEPUMAS

Peramah, mudah mesra dan tidak lokek berkongsi cerita. Itu pandangan ikhlas penulis kepada tuan punya badan, Faezah Elai.

Dek kerana itu, rezeki Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM 24 itu cukup murah.

Biarpun jarang muncul di kaca TV, namun namanya masih 'laku' sehingga diintip dan dilamar menjadi wajah kempen untuk sebuah jenama pakaian baru-baru ini.

Berpeluang mengadakan sesi temu bual bersama isteri kesayangan pengarah terkenal, Heykal Hanifah baru-baru ini, memberi peluang kepada penulis menyelami sisi dirinya sebagai seorang ibu mithali yang sanggup mengorbankan kerjaya demi kasih sayang terhadap anak-anak dan keluarga.

Banyak cerita yang beliau kongsikan bersama SinarPlus, termasuklah perihal gelagat anak-anaknya. Agak-agaknya si comel berdua itu banyak ikut perangai siapa? Faezah atau suaminya?

Sempat juga selebriti cantik itu selitkan nasihat atau larangan ibunya yang paling diingati dan kini dipraktikkan kepada anak-anaknya pula.

Selain itu, anak kelahiran Pulau Mutiara itu turut ditanya apa cara Heykal selalu lakukan jika mahu memujuk beliau yang sedang merajuk?

Ada beberapa hal lagi yang beliau kongsikan bersama. Jom dengar apa katanya.

Personaliti:NOORFAEZAH MD ELAI (@faezahelai)
Teks: ZAITON ABDUL MANAF(@honeza)
Editor/Penyunting: MAZLINA ABDUL MAJID (@mellynn.16)
Suntingan Video: ZAITON ABDUL MANAF

Video Information

Views

5.3K

Duration

1:57

Published

Jul 12, 2023

User Reviews

3.8
(1)
Rate:

Related Trending Topics

LIVE TRENDS

Related trending topics. Click any trend to explore more videos.