BoBoiBoy Season 2 Episode 2: Kembalinya Pahlawan ke Pulau Rintis π
Tonton episod kedua BoBoiBoy musim 2 yang menampilkan kepulangan BoBoiBoy ke Pulau Rintis dan permulaan sesi persekolahan yang penuh aksi dan pengembaraan menarik!
Monsta
353 views β’ Jun 5, 2015
About this video
Siri animasi BoBoiBoy musim kedua bermula dengan kepulangan BoBoiBoy ke Pulau Rintis dan memulakan sesi persekolahan. Di sana, BoBoiBoy berkenalan dengan lebih ramai kawan-kawan baru dan berjumpa semula sahabat baiknya Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot.<br /><br />Gopal yang terlalu gembira mula bercerita tentang pelbagai perkara sehingga ke kisah rumah 'berhantu' yang berada dalam laluan seharian BoBoiBoy ke sekolah. Tidak mereka ketahui, yang rumah tersebut adalah rumah salah seorang rakan sekelas mereka yang baru sahaja berpindah ke Pulau Rintis. BoBoiBoy yang tidak mempercayai kisah tahyul mengajak Gopal ke rumah tersebut untuk menyiasat supaya Gopal tidak letih kerana terpaksa menggunakan jalan yang jauh ke sekolah setiap hari.<br /><br />Sementara itu, seperti biasa Probe yang licik menceritakan tentang kisah hantu tersebut kepada AduDu dengan harapan mereka boleh berkerjasama dengan hantu tersebut untuk mengalahkan BoBoiBoy. Siapakah hantu yang dicari-cari mereka?
Video Information
Views
353
Duration
22:00
Published
Jun 5, 2015
Related Trending Topics
LIVE TRENDSRelated trending topics. Click any trend to explore more videos.